Thursday, October 12, 2006

MENGAPA MENGGUNAKAN AIR SEBAGAI MEDIUM PERUBATAN


Sesetengah orang merasa hairan dengan perubatan menggunakan air. Ada yang mencemuh menyindir dan menolak bulat-bulat cara demikian. Ialah, mereka mengatakan sesuatu yang mereka tidak ketahui. Bukankah Al-Quran itu untuk kaum yang berhati yakin. Insyaallah. Saya berdoa suatu hari mereka akan faham kaedah ini. Untuk menerangkanya akan mengambil masa yang agak lama.

Firman Allah:

Ayat Terjemahan Ayat

7. Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.

Demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)". Surah HUD.